BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

BAB 7 .MAD DAN QASR.

باب المد والقصر

Istilah:Memanjangkan suara dengan huruf mad apabila bertemu Mad pada bahasa: Menambah
hamzah atau sukun.

Huruf Mad Ada 3:

1)Alif yang sukun sebelumnya huruf berbaris fathah
2)Wau yang sukun sebelumnya huruf berbaris dhomah
3)Ya’ yang sukun sebelumnya huruf berbais huruf berbaris kasrah.

Mad Terbahagi Kepada 2:
1)Mad Asli
2)Mad Far’i

>Mad asli adalah Tabi’i yang tidak terhimpun sekali degan hamzah atau sukun dipanjangkan dengan kadar 2 harakat.

>Mad Far’I iaitu huruf mad yang berhimpun dengan hamzah dan sukun.terbahagi kepada 3 bahagian:

1.Mad Al-Munfasil
Huruf mad yang berada pada akhir kalimah & hamzah pada menjadi huruf yang pertama selepasnya.(huruf mad bertemu dengan hamzah dalam 2 kalimah)
Huruf Mad Munfasil ini adalah harus dipanjangka

1.Mad Muttasil
*bila huruf mad berada dalam satu kalmah.
*wajib dipanjangkan
>Mazahibul qurra’
*Baki qurra’ 4@5 harakat
2.Mad Badal
>Dinamakan mad badal kerana:
Asal kalimah ada dua hamzah,yang pertama berbaris dan kedua
Sukun .
Hamzah kedua ini ditukar kepada harakat.
>Mazahibul qurra’
*Baki qurra’2,4@6 harakat

Hurf mad bertemu sukun terbahagi kepada dua bahagian.
1)Sukun asli
2)Sukun a’ridh

1)Sukun asli
*Terdapat ketika wasal dan sambung
*Dinamakan juga mad lazim
>Mad lazim terbahagi kepada 2:
1)Mad lazim kalami
2)Mad lazim harfi


-Kalimi
*Taarifnya:selepas huruf mad terdapat sukun lazim bersambung @waqof dalam satu kalimah.

>Terbahagi kepada dua:
1)Muthaqqal
2)Mukhaffaf

1.Muthaqqal:apabila huruf mad ada huruf yang bertashdid
*contoh:ولاالضالين
2.Mukhaffaf:apabila selepas huruf mad ada huruf yang bertanda sukun.
*contoh:الان
*Terdapat satu sahaja didalam al-quran
*Hukum bacaan:6 harakat bagi semua qurra’

2)sukun A’ridh
*Mad yang berhenti mendatang
*Hukum bacaan:2,4,@6 harakat

>Harfi
*Taarifnya:pertemuan huruf mad dengan sukun asli
*Terdapat pada permulaan surah
*Dengan syarat 3 huruf yang di eja dan terdapat huruf mad ditengahnya
*contoh:السين-الام-الكاف-القاف-النون-الصادالميم
1)Muthaqqal
*selepas huruf mad ada huruf mushaddad(diidghamkan)
*seperti huruf الامdalam حم

2)Mukhaffaf
*Selepas huruf mad ada hruf sakin(tak didghamkan)
*conth:حم dalamميم
>Bagi huruf ain ada dua wajah dibaca dengan 4@6*(6 harakat lebih afdhol)
* كهيعصdalam surah maryam
*surah as-syura حم عسق

>huruf yang dibaca dengan 2 harakat
*5 huruf-( طهرحي(

Kerana:ejanya 2 huruf
*Huruf alif
-bila huruf ini berada diawal surah ia tidak dipanjangkan

>Huruf mim.Cara bacaan mad pada huruf mim diawal surah al-imran.
*ketika wasal ada 2 wasal 6 dan 2 harakat
*ketika wakaf,mim dibaca dengan 6 harakat.



.disediakan oleh Nurul Nabijah bt Yahaya.

Tuesday, September 8, 2009

BAB 6 .HA' KINAYAH.

* Ha’ dhamir yang digelarkan dengannya mufrad ghaib.

* Ia terbahagi kepada 4 keadaan:

1) Huruf berbaris sebelum ha’ dan selepasnya huruf sukun.
2) Ha’ terletak di antara 2 huruf yang sukun.
3) Ha’ terletak di antara 2 huruf yang berbaris.
4) Huruf sukun sebelum ha’ dan selepasnya huruf berbaris.

* Jenis bacaan kisaie pada kalimah يؤده,نوله,نصله,نؤته
pada surah Al-Imran, An-Nisa’, Assyura:
Mengkasrahkan ha’ dengan silah qaulan wahidan dan tiap-tiap mengikut mazhab masing-masing pada mad munfasil pada ha’ yang selepasnya hamzah, contoh : يؤده اليك.

* Jenis bacaan kisaie pada kalimah فألقه اليهم pada surah An-Naml:
Mengkasrahkan ha’ dengan silah dan tiap-tiap madnya pada mad Munfasil mengikut mazhab.

* Jenis bacaan kisaie pada kalimah ويتقه فأولئك pada surah An-Nur:
Mengkasrahkan qaf dan ha’ serta menyambungnya dengan kadar 2 harakat.

* Jenis bacaan kisaie pada kalimah يأتهﮮ مؤمنا pada surah Thaha:
Mengkasrahkan ha’ dan menyambungnya dengan kadar 2 harakat.

* Jenis bacaan kisaie pada kalimah لكم يرضه pada surah Az-Zumar:
Mendhommahkan ha’ dan menyambungkannya dengan kadar 2 harakat.

* Jenis bacaan kisaie pada kalimah خيرﺍ يره,شرا يره pada surah Zalzalah.
Mendhommahkan ha’ dan menyambungnya dengan kadar 2 harakat.
Disukunkan ha’ apabila waqaf.

* Jenis bacaan kisaie pada kalimah أرجئه pada surah Al-‘Araaf dan As-Syua’raa’:
Mengkasrahkan ha’ tanpa hamzah dan menyambungnya dengan kadar 2 harakat.






.disediakan oleh~Asma’ bt Muhammad.

BAB 5 .IDGHAM HARFAIN MUTAQARIBAIN & MUTAJANISAIN DALAM 1 DAN 2 KALIMAH.

* Kisaie membaca dengan izhar pada kalimah يرزقكم- واثقكم- خلقكم sekiranya terdapat salah satu syarat daripada dua syarat ini iaitu:

1) Sebelum huruf qaf (ق) ada huruf yang berbaris.
2) Selepas huruf kaf (ك) ada alamat mim jama’(م).

* Kisaie membaca 4 tempat idgham mutaqaribain dan mutajanisain ini dengan izhar:

1) Jika huruf awal bertanwin.
Contoh:في ظلمت ثلث , رجل رشيد

2) Jika huruf awal ta’ mukhothob.
Contoh:خلقت طينا

3) Jika huruf awal sukun.
Contoh:ولم يؤت سعة من المال

4) Jika huruf awal bersyaddah.
Contoh:أشدذكرا , الحق كمن




.disediakan oleh~Asma’ bt Muhammad.

BAB 4 .IDGHAM KABIR.



* Idgham dari segi bahasa : memasukkan.

* Idgham dari segi istilah : 2 huruf yang sama dan kedua-dua berbaris.

* Idgham terbahagi kepada 2:

1) Kabir - Apabila kedua-dua huruf berbaris.
2) Soghir - Apabila huruf yang pertama sukun dan huruf yang kedua berbaris.

* Sebab-sebab idgham ada 3:

1) 2 huruf yang sama dalam (mislain) dalam 2 kalimah.
2) Huruf yang sama makhrajnya (mutajanisain) dalam 2 kalimah.
3) Huruf yang berdekatan (mutaqoribain) dalam 2 kalimah.

* Jenis bacaan kisaie pada kalimah بشرككم , وجوههم , بأعيننا :
Membaca dengan izhar.

* Kisaie membaca 4 tempat ini dengan izhar:

1) Jika huruf yang pertama didalam 2 kalimah adalah huruf ta’(ت) mutakallim.
Contoh:كنت ترابا

2) Jika huruf yang pertama didalam 2 kalimah huruf ta’(ت) mukhothob.
Contoh:أفأنت تكره الناس

3) Jika huruf yang pertama didalam 2 kalimah bertanwin.
Contoh: وٰسع عليم , غفوررحيم

4) Jika huruf yang pertama didalam 2 kalimah bertashdid.
Contoh:فتم ميقت ربه , وخرراكعا

.disediakan oleh~Asma’ bt Muhammad.

BAB 3 .UMMUL QURAN.



*Kalimah مالك dibaca dengan Ithbat (kekal) alif mad bagi qiraat Kisaie.

*Kalimah الصراط & صرٰط dibaca dengan sod (ص) bagi qiraat Kisaei

*Kalimah عليهم dibaca dengan dhommah ha’ dan mim bagi qiraat Kisaie



.disediakan oleh~Nur Diyana bt Aziz.

BAB 2 .HUKUM BASMALAH.

Lafaz Basmalah adalah ringkasan bagi Bismillahhir Rahmanir Rahim.
بسم الله الرحمن الرحيم

Lafaz Basmalah terdapat dalam Surah an-Naml, ayat 30
انه من سليمن وانه بسم الله الرحمن الرحيم

“sesungguhnya ia (surat) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim”

Makna Basmalah : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Para ulamak sejajar berpendapat bahawa hukum membaca Basmalah di setiap awal surah adalah sunat, kecuali pada surah Al-Fatihah kerana ia adalah salah satu ayat daripadanya, maka membacanya pada awal surah Al-Fatihah adalah wajib.

Kisaie: menetapkan Basmalah diantara tiap-tiap surah kecuali diantara surah Al-Anfal dan surah At-Taubah.

Terdapat sesetengah ahli Qurra’ tidak membaca Basmalah dalam empat surah berikut:

Ø Akhir surah Al-Muddasir bersama awal surah Al-Qiyamah.
Ø Akhir surah Al-Infitor bersama awal surah Al-Mutaffifin.
Ø Akhir surah Al-Fajr bersama awal surah Al-Balad.
Ø Akhir surah Al-Asr bersama awal surah Al-Humazah.


Apabila membaca permulaan surah At-Taubah atau menyambung surah At-Taubah dengan surah Al-Anfal, maka tidak boleh membaca Basmalah kerana surah At-Taubah diturunkan pada waktu peperangan.
Basmalah adalah keamanan dan perang adalah huru-hara, mana mungkin kedua-duanya boleh berhimpun pada masa yang sama.


Memulakan bacaan dengan lafaz Basmalah dipertengahan surah atau mana-mana bahagian ayat dalam Al-Quran sesudah awal surah hukumnya adalah sunat.
Apabila memulakan bacaan pada permulaan surah, selain surah Al-Baqarah boleh memilih membaca Basmalah bagi semua ahli Qurra’.

Bagi seluruh Qurra’, terdapat tiga wajah bacaan surah Al-Anfal dan At-Taubah iaitu:

v Sambung
v Saktah tanpa nafas
v Berhenti serta ambil nafas dan membaca tiapnya tanpa lafaz Basmalah


Apabila menyambung Basmalah dengan akhir surah, tidak boleh berhenti sehingga tidak ragu-ragu tanpa bacaan Basmalah disyariatkan pada awal surah, bukan di akhir surah.


Tiga cara yang diharuskan membaca Basmalah di antara dua surah iaitu :

§ Berhenti pada akhir surah pertama dan juga pada Basmalah, kemudian membaca awal surah kedua.
§ Berhenti pada akhir surah pertama, kemudian membaca Basmalah dan disambungkan dengan awal surah kedua.
§ Menyambungkan akhir surah pertama dengan Basmalah dan awal surah kedua.

Dilarang menyambung akhir surah pertama dengan Basmalah dan berhenti padanya, kemudian membaca awal surah kedua (kerana Basmalah dijadikan di awal surah bukan di akhirnya)






.disediakan oleh~Nur Diyana bt Aziz.

BAB 1 .ISTI'AZAH.


Erti Bahasa : Berlindung
Erti Istilah :Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah
kepada diri kita daripada syaitan yang dilaknat.

Secara umum Isti’azah boleh dibaca dengan 3 cara:
1. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم .2
3. أعوذ بالله من الشيطان

Pendapat tentang tambahan dalam Isti’azah menurut ahli Al-Quran:
Tiada tambahan dalam Isti’azah, namun hadith tersebut dha’if dan lebih sahih hadith Riwayat Abu Daud dari Abi Sa’id Al-Khudri.
Hadith :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم اذا قام من الليل يقول
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه


Tempat dibaca perlahan :

ü Ketika pembaca membaca perlahan
ü Ketika solat
ü Ketika duduk seorang
ü Ketika baca berjemaah, dan bukan orang yang pertama membaca

Cara membaca Basmalah dan Isti’azah :

ü Berhenti pada Basmalah, Isti’azah dan awal surah
ü Berhenti pada Isti’azah dan sambungkan Basmalah dengan awal surah
ü Sambung Isti’azah dengan Basmalah sahaja
ü Sambung ketiga-tiganya
Terdapat dua cara membaca Isti’azah di awal surah At-Taubah :
· Berhenti pada Isti’azah kemudian meneruskan bacaan
· Menyambung Isti’azah dengan awal surah At-Taubah
.disediakan oleh ~ Nur Diyana bt Aziz.