BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 11, 2009

bab 22 .MAZHAB KISAEI PADA IMALAH HA'.

Takrif ha’ ta’nis ialah ha’ yang berlaku ketika wasal,ت di akhir الاسم dan di waqafkan dengan ha’ samada ditulis dengan ta’terbuka(ت) ataupun ta’ marbutah.


وفي هاء تانيث الوقوف وقبلها ممال الكساءي غير ليعدلا-1
ويجمها حق ضغا عص خظا و اكهر بعد الياء يسكن ميلا - 2
او كسر والاسكان ليس بحاجز ويضعف بعد الفتح والضم ارجلا –3
لعبرة ماءة وجهه وليكون وبعضهم سوى الف عند الكساءي ميلا -4

Kisaie mempunyai 2 mazhab pada imalah ha’ ta’nis ketika waqaf.

MAZHAB TAFSILI MAZHAB IJMALI


MAZHAB TAFSILI

-Diimalahkan semua ha’ ta’nis apabila di dahulukan dengan 15 huruf berikut:-

Contoh : فبثت زينب لدود شمس
في الارض خليفة

Kisaie mengimalahkan ha’ta’nis ketika waqaf apabila bertemu dangan salah
satu huruf daripada lafaz (اكهر )dengan syarat berikut:-

>Apabila sebelumnya terdapat salah satu huruf daripada lafaz (اكهر )dan sebelumnya terdapat huruf berbaris di bawah..Contoh:-

الملائكة

>Apabila sebelumnya terdapat salah satu huruf daripada lafaz (اكهر )dan sebelumnya terdapat huruf ya’ yang sukun.Contoh:-

كهينة

>Apabila sebelumnya terdapat salah satu huruf daripada lafaz (اكهر )dan sebelumnya terdapat huruf yang sukun.Contoh:-

وجهة

-Tidak diimalahkan ha’ta’nis apabila bertemu dengan salah satu huruf daripada 10 huruf berikut:-

حق دضغاط خظا



MAZHAB IJMALI
-Diimalahkan ha’ta’nis selepas setiap huruf kecuali selepas huruf alif sahaja.Contoh:-

الصلاة



.disediakan oleh Hakimah bt Abd Hamid.

0 comments: