BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 11, 2009

bab 25 .WAQAF PADA AKHIR KALAM.

Makna waqaf pada bahasa : Menahan
Makna waqaf pada istilah : Memutuskan suara pada bacaan seketika untuk sekadar bernafas padanya dengan niat untuk meneruskan bacaan.

Pada asalnya huruf berbaris dijadikan sukun apabila berhenti pada huruf tersebut. Jadi, kesannya terjadilah isymam dan raum.

Abu ‘Amru dan Kufiyun : Lebih elok apabila waqaf dengan raum dan isymam, apabila berhenti sebegitu hendaklah dengan sukun yang asalnya.

Ulama qiraat mengambil isymam dan raum untuk nafi’,ibnu kathir dan ibnu ‘amir. Walaupun tidak menyatakan baki qura’ tetapi qura’ lain tetap terlibat .

Maksud raum : Melemahkan suara dengan harakat huruf yang nipis sampai hilang bunyi apabila waqaf.

Ianya dapat didengari apabila duduk berdekatan sahaja.

Raum tidak tepat kecuali raum yang diambil dan bertalaqi daripada syeikh yang mahir.

Makna Isymam : Memuncungkan dua bibir mulut sejurus selepas disukunkan pada huruf di akhir kalimah tanpa suara.

Berguna kepada sesiapa yang memerhatikan bacaan kita dan tidak memberi faedah kepada orang cacat penglihatan.

+ Isymam dibaca dengan berbaris dhommah.
+ Raum dibaca dengan berbaris kasrah.

Tidak boleh memasukkan raum dan isymam pada :

1.Ta’ ta’nis yang marbutah
Cth : ﺭﺤﻣﺔ

2.Berbaris dhommah ketika mim jama’ dan silah dengan wau ( ﻮ ) kerana waqaf dengan sukun.

3.Meletakkan baris baru dengan sebab naqal
Cth : ﻗﻞ ﺍﻠﻠﻬﻢ



.disediakan oleh Hidayarh Al-Zahra bt Ramlan.

0 comments: