BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 11, 2009

bab 27 .MAZHAB QURA' PADA YA' IDHAFAT.


Ya idhafah: ya ziadah (ya yang ditambah ) kepada kalimah asli.Ya tersebut tidak duduk sebagai dalam fiel dalam kalimah.

Alamat: Boleh menukar huruf ya kepada kaf atau ha.
- فطرثى- فطرك-فطره
- ضيفى- ضيفك- - ضيفه
- لعلى – لعلك - لعله


1. Ya izafah yang selepas hamzah qoto maftuhah terdapat 99 tempat.
a. Contoh:اني أخا ف
b.
2. Ya izafah selepas hamzah qata mak surah terdapat 52 tempat.
a. Contoh: وخزني الي الله

3. Ya izofah selepas hamzah qata mazmumah terdapat 10 tempat.
a. Contoh: أنى أمر ت

4. Ya lafaz selepas alif lam taarif terdapat 14 tempat.
a. Contoh: عبادى الصلحون

5. Ya I zafah selepas hamzah wasol mufradah terdapat 7 tempat.
a. Contoh:انى أصطفيتك

6. Ya izafah selepas huruf-huruf selain hamzah qata atau hamzah wasol terdapat 30 tempat.
a. Contoh:ومحياي وممماتي


*7 Qura ada 222 ikhtilaf tentang ya idhofah.


Syu’bah Hamzah dan Kisae baca ya pada 2 tempat ini dengan sukun.
a) surah al-taubah فقل لن تخرحو معي أبد
b) surah al-Mulk.قل ارءينم اهلكنى الله ومن معي او رحمنا

Ya izafah yang datang selepas hamzah qata maksurah terdapat 52 tempat.

Ibn Kathir,Syu’bah, Hamzah dan Kisae mensukunkah y pada kalimah
- surah al-Maidah وأمى الهين
- surah Yunusان اخري الا على الله
- surah Syura’ ان احري علي رب العالمين


Kuffiyun(Asim,Hamzah,Kisae) membaca dengan baris sukun pada 2 tempat dibawah.

- -Surah Nuhفلم يزدهم دعاءى الى
- -Surah Yusufملة بآءى ابراهيم

Ibn Katshir dan Kuffiyun mensukunkan ya pada kalimah :

- Dalam surah Yusufحزني
- Dalam surah Hudتوفقيي

Ketujuh-tujuh qura (hamzah) sepakat mensukunkan ya pada kalimah-kalimah berikut :

(surah al-Qosas)يصدقني أنى أخاف
(surah al-A’raf) أنظرني ألى يوم يبحثون
(surah Hijr)فانظرني الى يوم يبعثون
(surah Munafiqun)لولا أخرتني الى أجل
(surah Ahqaf) واصلح لى فى ذريتي أنى
(surah Yusuf) مما يدعو نني اليه
(surah Ghafir) وتدعو نني الى النار

Tujuh Qura sepakat sukun pada tempat ini:
واوفو ا بعهدي أوف بعهدي(surah Baqarah)
ءا توني أفرغ عليه قطرا(surah Kahf)

Ya izofah yang datang selepas alif lam ta’arif terdapat dalam 14 tempat. Imam hamzah mensukunkan pada semua 14 tempat tersebut.Hafs mengikutnya pada satu tempat sahaja.
لا ينا ل عهدى اتل ظا لمين(surah al-Baqarah)

Ibn Amir ,Hamzah, dan Kisae mensukunkan ya pada kalimah( قل لعبادي الذين ءامنوا )Surah Ibrahim.Selain mereka membaca dengan fathah.

Abu Amru,Hamzah dan Kisae akan mensukunkan ya pada kalimah( يا عبا دي رالذن ) yang bersambung dengan ya Nada pada 2 tempat dibawah:

يعبا دي الذين ءامنوا ان أرضى وسعه(surah al-Ankabut)
قل يعبادي الذين أسرفوا(surah al-Zumar)

Selain dari mereka akan membaca ya yang berada pada kalimah diatas de ngan baris fathah.

Ibn Amir dan Hamzah mensukunkan ya pada kalimah ( سأصرف عن ءا يتي الذين ) selain dari mereka akan membaca ya tersebut dengan baris fathah.

Hamzah membaca ya dengan baris sukun pada 14 kalimah dibawah,dan telah disebut nama- nama qura yang mengikutnya dalam bacaan tersebut pada ssetengah kalimah


(1-05) perkataan ( عبادى )dalam surah Ibrahim,Ankabut,Anbia dan Saba

(6) ( ) (عهدي الظالمينsurah al-Baqarah

(7) (أن ارادني الله بضر ) surah Zumar)

(8) (ربى الذي يحي) surah Baqarah

(9)( ءا تنى ا لكتاب ) surah Maryam

(10) (سأصرف عن ءا يتي الذ ين) Surah Araf

(11)( ان أهلكني الله ) surah Mulk

(12) ( مسني الضر)surah Anbia

(13)( مسني الشيطن ) surah Sad

(14) (حرم ربي الفوحش )surah A’raf

Baqi Qura baca 14 kalimah diatas dengan fathah.

Wajah-wajah Qura dalam ayat:

*Syu;bah mendatangkan ya maftiuhah ketika wasol pada kalimah
) يعباد لا خوف عليكم اليو م (.Beliau akan mensukunkan ya apabila waqof.

*Hafs,Hamzah,Kisae,dan Ibn Amir menghazafkan ya pada kalimah tersebut dalam kedua-dua keadaan waqaf dan wasol.

*Nafi,Abu Amru dan Ibn Amir mendatangkan ya sakinah ketika waqof dan wasol.

*Warsh dan Hafs membaca ya dengan baris fathah dalam ( ولي فيها مآرب أخري ) Surah Taha .Ya tersubut akan dibaca dengan sukun oleh selain daripada mereka berdua

*Hamzah mensukunkan ya dalam ( وما لي لا أعبد )surah yasin ,selainnya akan membaca ya tersebut dengan baris fathah.




.disediakan oleh Ezza Hanisa bt Khalid.

0 comments: