BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 8, 2009

BAB 1 .ISTI'AZAH.


Erti Bahasa : Berlindung
Erti Istilah :Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan Allah
kepada diri kita daripada syaitan yang dilaknat.

Secara umum Isti’azah boleh dibaca dengan 3 cara:
1. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم .2
3. أعوذ بالله من الشيطان

Pendapat tentang tambahan dalam Isti’azah menurut ahli Al-Quran:
Tiada tambahan dalam Isti’azah, namun hadith tersebut dha’if dan lebih sahih hadith Riwayat Abu Daud dari Abi Sa’id Al-Khudri.
Hadith :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم اذا قام من الليل يقول
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه


Tempat dibaca perlahan :

ü Ketika pembaca membaca perlahan
ü Ketika solat
ü Ketika duduk seorang
ü Ketika baca berjemaah, dan bukan orang yang pertama membaca

Cara membaca Basmalah dan Isti’azah :

ü Berhenti pada Basmalah, Isti’azah dan awal surah
ü Berhenti pada Isti’azah dan sambungkan Basmalah dengan awal surah
ü Sambung Isti’azah dengan Basmalah sahaja
ü Sambung ketiga-tiganya
Terdapat dua cara membaca Isti’azah di awal surah At-Taubah :
· Berhenti pada Isti’azah kemudian meneruskan bacaan
· Menyambung Isti’azah dengan awal surah At-Taubah
.disediakan oleh ~ Nur Diyana bt Aziz.

0 comments: