BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 11, 2009

bab 28 .YA' ZAWAID.


* Definisi ya’ zawaid adalah ya’ yang ditambah di hujung sesuatu perkataan dalam resam mushaf Uthmani.

* Ada 4 perbezaan di antara ya’ zawaid dan ya’ izafah:

1. Ya’ zawaid hanya terdpat di dalam isim dan fe’el (nama + perbuatan).

CONTOH ISIM:

الداع – الجوار

CONTOH FE’EL:

ياءت – يسر

Manakala ya’ izafah boleh dijumpai dalam isim, fe’el dan huruf.

2. Ya’ zawaid tidak ditulis dalam resam Uthmani berbanding ya’ izafah yang tetap dalamnya.

3. Khilaf yang selalu diutarakan dalam bab ya’ zawaid adalah mengenai: hazaf dan isbat ( pembuangan dan penambahan) manakal dalam ya’ izafah membincangkan tentang pembacaan ya’ dengan baris sukun atau fathah.

4. Ya’ zawaid ada 2 jenis:

· Y a’ zawaid asli: adalah ya’ yang datang dari kalimah itu sendiri:

CONTOH:

المنادئ – يوميأت

· Ya’ zawaid zaidah: ialah ya’ yang ditambah pada sesuatu kalimah dan bukannya dari kalimah asli itu sendiri.

CONTOH:

وعيد – نذر


* Ya’ zawaid dinamakan sebagai ya’ zaidah kerana penulisannya tiada dalam mushaf. Ya’ izafah adalah ya’ yang ditambah semata-mata dan bukannya ya’ yang asli.

Kaedah bagi kisaie dalam menambah atau membuang ya’ zawaid:

* Kisaie menambah ya’ mengikut apa yang ditambah oleh Ibnu Khatir dalam keadaan wasal dan menghazafkannya ketika waqaf.

* Keseluruhan jumlah ya’ zawaid dalam bab ini ada (62)

* Ahli sama’ dan kisaie mengekalkan ya’ dalam:

· ذلك ما كنا نبغ فارتدا

· يوم يأت لا تكلم


.disediakan oleh Syukriyah bt Ibrahim.

0 comments: