BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 6, 2009

BAB 11. NAQAL (PINDAH) BARIS HAMZAH PADA HURUF YANG BERSUKUN

♥ Pendapat sesetengah qura’ dan mengidghamkan para baqun dengan menaqalkan dan menyambung pada permulaan ayat.


Sepertimana diidghamkan Abu Amru yang mana kedua-duanya dari qura’ sab’ah terhadap nun yang tanwin pada lam (عاد لولى ) beserta menaqalkan baris hamzah kepada lam sebelumnya kemudian menghafaz huruf hamzah pada tempat yang bersambung dan bermula.


Melainkan bagi Qalun Al-Basari yang hanya mengafdhalkan pada yang asal dengan mensukunkan lam ta’rif dan menipiskan hamzah selepasnya sepertimana (الولى) yang telah dikatakan oleh Qalun dan Al-Basri yang mana afdhal baginya membaca dengan yang asal ketika memulakan bacaan.



♥ Pendapat sesetengah qurra’ yang lain: dan menghamzahkan wau bagi Qalun pada tempat naqal ketika mula dan sanbung.

Sepertimana Qalun menyebut bahawa hamzah sakinah yang lam selepasnya lam ta’rif yang di dommahkan ketika sambung dan mula sepertimana:

( لؤلى) أو (عاد لولى)

♥ Pendapat sesetengah qurra’ yang lain: memulakan dengan hamzah yang sambung pada tiap-tiap yang berlaku pemindahan.

Penyair memberitahu tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh setiap qurra’ yang mana mereka membacanya dengan naqal baris hamzah kepada lam ta’rif sebelumnya dengan dua wajah bacaan:

* Iaitu bermulanya dengan hamzah wasal dalam susunannya yang asli iaitu
Sukun.Sukun lam ta’rif sebelum naqal.


* Iaitu bermulanya lam ta’rif dalam susunannya dengan baris yang menunjukan
yang barisnya adalah lam ta’rif selepas naqal.


♥ Diharuskan bagi setiap qurra’ membaca dengan dua wajah ketika bermula pada kalimah (لاسم ) daripada surah Al-Hujurat:

(بئس الاستم المفسق بعد الايمن )

*Bermula dengan hamzah wasal sepertimana (الاسم).
* Bermula dengan lam ta’rif sepertimana (لاسم) tanpa hamzah wasal.






.disediakan oleh Syukriah bt Ibrahim.

0 comments: