BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 9, 2009

BAB 12 .WAQAF HAMZAH DAN HISYAM PADA HURUF HAMZAH.

* Hamzah memudahkan huruf hamzah pada tempat waqaf, sama ada huruf hamzah berada di tengah atau di akhir kalimah.

* Hamzah menukar huruf hamzah kepada 4 keadaan wajah bacaan iaitu:

# Tukar (الابدال)
# Pindah (النقل)
# Memudahkan (التسهيل بين-بين )
# Buang @menjatuhkan (الحزف – الاسقاط)


WAJAH BACAAN CONTOH

* Tukar بوأنا- بوانا

*Pindah ملء- مل

*Memudahkan الملائكه- الملايكه

*Buang/Menjatuhkan من السماء- من السما


* Ketika waqaf, huruf wau atau ya’ pada akhir kalimah dibaca dengan dua wajah iaitu:

# Pindah atau tukar disertai dengan idgham CONTOH:

# شيئا........ شيئا (النقل)
# شيئا.........شيئا (الابدال)


* Hukum huruf hamzah yang berbaris terletak selepas huruf yang berbaris jenisnya ada Sembilan iaitu:


1. Berbaris di atas selepas baris di bawah, CONTOH:
# فئة.........فية

2. Berbaris di atas selepas baris di depan, CONTOH:
# يؤيد............يويد

3. Berbaris di atas selepas baris di atas CONTOH:
# شنان

4. Berbaris di bawah selepas baris di depan, CONTOH:
# سئل

5. Berbaris di bawah selepas baris di bawah, CONTOH:
# بارئكم

6. Berbaris di bawah selepas baris di atas, CONTOH:
# مطمئنين

7. Berbaris di depan selepas baris di depan.CONTOH:
# برؤوسكم

8. Berbaris di depan selepas baris di atas, CONTOH:
# رءوف

9. Berbaris di depan selepas baris di bawah, CONTOH:
# فمالئون


* DALIL:- وفي بين-بين


* Hisham mengikut bacaan Hamzah ketika huruf hamzah berada di HUJUNG KALIMAH SAHAJA. Adapun ketika huruf hamzah berada di tengah kalimah, Hisham akan membaca TAHQIQ seperti Hafs.

* DALIL:- ومثل يقول هشام ما تطرف مسهلا


* Cara bacaan mengikut kaedah resam apabila berhenti dengan huruf wau dengan hamzah:

# ( فيكم شركؤا (سورة الانعام)

# (أم لهم شركؤا( سورة هود)


* Cara bacaan mengikut kaedah resam apabila berhenti dengan huruf ya’:

# (من تلقآىء نفسى ( سورة يونس)
# (وايتاىء ذى القربى (سورة النحل)


* Bab ini hanya untuk menekankan imam hamzah dan hisyam sahaja. Tapi imam kisaei HANYA terlibat dalam روم dan اشمام seperti:-

* روم membawa maksud cuping telinga atau hujung-hujung telinga.

* Dibaca dengan suara yang perlahan pada setiap benda yang disebut.

* Disebut 1/3 daripada harkat.




# أشمام membawa maksud muncung, condong dan tanpa harakat (tidak berbunyi).


# Hanya pada baris dhommah sahaja.

* Bacaan روم dan اشمام pada kalimah:-

# اقرأ

# نبىء



* Kalau hamzah baris dhommah, cara berhenti pada kalimah لكم فيها دفء ada tiga wajah bacaan padanya:-


1.Berhenti dengan pindah bersama sukun, CONTOH:
# لكم فيها دفء

2.Berhenti dengan pindah bersama اشمام

3.Berhenti dengan pindah bersama روم



* Kalau baris kasroh, cara berhenti pada kalimah بين المرء ada dua wajah:-


1.Pindah dengan sukun, CONTOH:
# بين المرء


2.Pindah dengan روم







.disediakan oleh Syukriyah Bt Ibrahim.

0 comments: