BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 8, 2009

BAB 2 .HUKUM BASMALAH.

Lafaz Basmalah adalah ringkasan bagi Bismillahhir Rahmanir Rahim.
بسم الله الرحمن الرحيم

Lafaz Basmalah terdapat dalam Surah an-Naml, ayat 30
انه من سليمن وانه بسم الله الرحمن الرحيم

“sesungguhnya ia (surat) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim”

Makna Basmalah : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Para ulamak sejajar berpendapat bahawa hukum membaca Basmalah di setiap awal surah adalah sunat, kecuali pada surah Al-Fatihah kerana ia adalah salah satu ayat daripadanya, maka membacanya pada awal surah Al-Fatihah adalah wajib.

Kisaie: menetapkan Basmalah diantara tiap-tiap surah kecuali diantara surah Al-Anfal dan surah At-Taubah.

Terdapat sesetengah ahli Qurra’ tidak membaca Basmalah dalam empat surah berikut:

Ø Akhir surah Al-Muddasir bersama awal surah Al-Qiyamah.
Ø Akhir surah Al-Infitor bersama awal surah Al-Mutaffifin.
Ø Akhir surah Al-Fajr bersama awal surah Al-Balad.
Ø Akhir surah Al-Asr bersama awal surah Al-Humazah.


Apabila membaca permulaan surah At-Taubah atau menyambung surah At-Taubah dengan surah Al-Anfal, maka tidak boleh membaca Basmalah kerana surah At-Taubah diturunkan pada waktu peperangan.
Basmalah adalah keamanan dan perang adalah huru-hara, mana mungkin kedua-duanya boleh berhimpun pada masa yang sama.


Memulakan bacaan dengan lafaz Basmalah dipertengahan surah atau mana-mana bahagian ayat dalam Al-Quran sesudah awal surah hukumnya adalah sunat.
Apabila memulakan bacaan pada permulaan surah, selain surah Al-Baqarah boleh memilih membaca Basmalah bagi semua ahli Qurra’.

Bagi seluruh Qurra’, terdapat tiga wajah bacaan surah Al-Anfal dan At-Taubah iaitu:

v Sambung
v Saktah tanpa nafas
v Berhenti serta ambil nafas dan membaca tiapnya tanpa lafaz Basmalah


Apabila menyambung Basmalah dengan akhir surah, tidak boleh berhenti sehingga tidak ragu-ragu tanpa bacaan Basmalah disyariatkan pada awal surah, bukan di akhir surah.


Tiga cara yang diharuskan membaca Basmalah di antara dua surah iaitu :

§ Berhenti pada akhir surah pertama dan juga pada Basmalah, kemudian membaca awal surah kedua.
§ Berhenti pada akhir surah pertama, kemudian membaca Basmalah dan disambungkan dengan awal surah kedua.
§ Menyambungkan akhir surah pertama dengan Basmalah dan awal surah kedua.

Dilarang menyambung akhir surah pertama dengan Basmalah dan berhenti padanya, kemudian membaca awal surah kedua (kerana Basmalah dijadikan di awal surah bukan di akhirnya)






.disediakan oleh~Nur Diyana bt Aziz.

0 comments: